The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan Separuh Akhir 1 Piala FA | Sabah FC 2-2 Selangor FC

Nov 10, 2025 - FAS

Selangor FC dan Sabah terikat 2-2 dalam perlawanan Separuh Akhir pertama saingan Piala FA 2025 semalam di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.

Perlawanan penuh dramatik antara Gergasi Merah dan The Rhinos menyaksikan kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit dalam usaha mencari kelebihan pada aksi pertama Separuh Akhir Piala FA 2025. Sabah FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ajdin Mujagic pada minit ke-13. 

Di separuh masa kedua, Selangor FC bangkit dengan beberapa percubaan berbahaya sehingga pertahanan Sabah FC tertampan bola ke gawang sendiri, sekali gus menghadiahkan gol penyamaan kepada skuad Merah Kuning. Nooa Laine, pemain tengah Selangor, kemudian meletakkan Gergasi Merah di hadapan pada minit ke-80. Namun, The Rhinos menemui sentuhan penyudah sekali lagi melalui Ajdin Mujagic pada masa kecederaan 90+1, menjadikan keputusan akhir terikat 2-2.

Menurut Christophe Gamel, Ketua Jurulatih Selangor FC, menekankan bahawa beliau puji keberanian yang dipamerkan oleh para pemain.

“Saya puji keberanian yang dipamerkan para pemain dalam perlawanan semalam. Secara jujurnya tidak mudah untuk datang ke sini dan bermain menentang pasukan yang kuat seperti mereka, tetapi para pemain menunjukkan saingan dan keberanian yang tinggi sepanjang perlawanan. Pasukan sedang melalui tempoh yang sukar dengan banyak perlawanan dalam masa yang singkat, tetapi para pemain telah berikan segalanya. Tidak ada apa yang saya perlu keluhkan, semangat yang mereka pamerkan cukup baik,” jelas Gamel.

Liga Malaysia akan berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada kalendar FIFA Antarabangsa bagi bulan November. Berikut adalah barisan pemain yang telah mendapat panggilan negara: International Call Up

Pihak pengurusan Selangor FC bersyukur dengan kehadiran para penyokong  yang telah menyokong para pemain di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.

Demi Kebanggaan!